TERKINI : Anak-anak Muda Klang Hidupkan “BARAAN” Aidilfitri #AnakJawa

Tradisi baraan atau kunjung-mengunjung dari rumah ke rumah sambil mengalunkan takbir raya dan marhaban sudah menjadi sebahagian daripada amalan yang dilakukan oleh umat Islam di negara ini pada setiap sambutan Hari Raya Aidilfitri.

Baraan merupakan istilah Jawa yang bermaksud berjalan atau ziarah beramai-ramai dalam kumpulan yang besar.

Bagi penduduk Kampung Delek Baru, Klang, Selangor, baraan merupakan satu tradisi yang menghidupkan suasana kemeriahan Aidilfitri setiap tahun apabila kebanyakan anak muda akan berkumpul untuk menjalankan aktiviti tersebut.

 

GALERI BERGAMBAR :

https://malaysiagazette.com/blog/2019/06/23/daily-life-baraan-aidilfitri-rb-the-bragass-anakjawa/

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast