Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Zuraida Kamaruddin bercakap kepada media pada Majlis Jalinan Mesra YB Menteri Bersama Warga JBPM di Ibu Pejabat Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia di Lebuh Wawasan Presint 7, Putrajaya. foto AFFAN FAUZI, 24 JUN 2019

KUALA LUMPUR – Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Zuraida Kamaruddin hari ini bertindak memperbetulkan kenyataannya sebelum ini berhubung pencemaran di Sungai Kim-Kim, Pasir Gudang di Johor.

Kenyataan itu dikirimkan kepada media bagi dengan berkata terdapat pembetulan yang terpaksa dibuat berikutan maklumat terkini yang baru diterima pihaknya.

“Adalah dimaklumkan bahawa kawasan terbabit telah dibersihkan sepenuhnya dan sisa berbahaya yang terkumpul telah dibawa ke pusat pelupusan Kualiti Alam untuk dihapuskan,” katanya dalam satu kenyataan.

Kenyataan tiga perenggan itu disebarkan kepada media selepas beliau berkata berkata sisa toksik yang dibuang dalam sungai Kim Kim di daerah itu masih belum dibersihkan sepenuhnya.

Ahli Parlimen Ampang itu berkata Majlis Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia di ibu pejabat jabatan itu tengahari tadi.

“Saya dapat maklumat daripada pasukan Bomba dan Penyelamat bahawa kes ini kes berulang dari kes di Sungai Kim Kim yang berlaku 7 Mac lalu.

“Saya difahamkan sisa toksik itu belum dihapuskan 100 peratus. Oleh kerana itu sisa toksik terbabit didapati agak terbiar di Pasir Gudang, disebabkan angin dan hujan kita percaya dia merebak kembali.

“Ya memang didapat sah ia kesan toksik Sungai Kim Kim,” katanya dalam sidang media siang tadi.

Zuraidah sebelum ini turut berkata pencemaran udara di Pasir Gudang yang mengakibatkan pelajar sekolah sesak pernafasan sejak 20 Jun lalu adalah akibat kesan pembuangan sisa toksik Sungai Kim Kim. -MalaysiaGazette

https://malaysiagazette.com/blog/2019/06/24/sisa-toksik-terbiar-sungai-kim-kim-punca-pencemaran-berulang-di-pasir-gudang/

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast