Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berucap pada Persidangan Meja Bulat Asia-Pasifik ke-33

KUALA LUMPUR – Malaysia tidak akan diheret ke dalam konflik yang telah dimulakan pihak lain, kata Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

Bercakap pada Persidangan Meja Bulat Asia-Pasifik ke-33 di sini, beliau berkata pada masa ini kerjasama erat antara negara adalah amat penting, lebih daripada masa-masa lain dalam sejarah kotemporari.

Ini disebabkan oleh keadaan ketidakpastian geopolitik sekarang dan pertandingan mendesak terhadap penguasaan perdagangan yang mengancam keazaman negara-negara untuk membangun melepasi tahap pemisahan dan penyesuaian semula.

“Walaupun kami mengalu-alukan kerjasama antarabangsa dalam memastikan keselamatan dan keamanan di rantau ini, kami tidak mahu diheret ke dalam usaha ketuanan kuasa besar dan kehadiran tentera mereka dalam zon keamanan, kebebasan dan berkecuali kita,” katanya ketika menyampaikan ucap tamanya bertajuk ‘Malaysia Baharu dalam Perubahan Pemerintahan Serantau’.

Dr Mahathir berkata, pernah terjadi di mana kepentingan negara-negara kecil boleh dipertahankan jika mereka bersatu sebagai satu kumpulan serantau dan kumpulan ASEAN di Asia Tenggara telah dikreditkan sebagai salah satu daripada organisasi serantau terbaik yang pernah ditubuhkan.

Rantau ini telah lama menyaksikan permainan kuasa serantau dan global secara terus, tetapi berjaya mengatasinya, menjadi lebih matang dan secara kolektifnya menjaga kemerdekaannya dan terus berkecuali.

— BERNAMA