Foto Instagram Ziela Jalil

KUALA LUMPUR – Pelakon dan penerbit terkenal, Datuk Ziela Jalil bergelar nenek selepas anak sulung beliau selamat melahirkan cucu pertamanya hampir dua minggu lalu

Menerusi Instagram miliknya, Ziela berkongsi foto dan video yang menggambarkan keseronokan yang sukar digambarkan beliau.

Selepas genap tujuh hari kelahiran cucunya, Ziela berkongsi wajah dan nama bayi yang dilahirkan anak perempuan sulungnya, Dr Puteri Julia Nabila pada 14 Jun lalu.

Bayi itu dinamakan Tun Alayna Zeeya dan ditahnik oleh Habib Ali Zaenal Abidin.

Ziela menerima menantu pertama apabila Puteri Julia, 27, selamat diijabkabulkan dengan jejaka pilihannya, Dziya Faqhran Mahmod Fauzi, 28, pada 1 Julai tahun lalu. – MalaysiaGazette