Air India Boeing 777-300 diikuto secara rapat oleh Typhoon di Sawbridgeworth, Hertfordshire.foto Agensi

NEW DELHI – Pesawat penumpang Air India yang terbang ke Amerika Syarikat diiringi jet pejuang British untuk mendarat di London pada hari Khamis selepas seorang pegawai syarikat penerbangan itu menerima ancaman bom palsu.

Seorang pegawai dari Air India berkata, penerbangan AI 191 dari Mumbai ke Newark telah membuat pendaratan berhati-hati di Lapangan Terbang London Stansted selepas panggilan telefon dibuat ke lapangan terbang Mumbai.

Pesawat pejuang Typhoon pada kelajuan supersonik telah memintas Boeing 777-337 dan selamat mengiringnya ke Stansted, yang kemudian menutup landasannya.

Pesawat Air India diarahkan ke kawasan terpencil dengan kehadiran polis.

“Boeing 777 Air India dialihkan ke London Stansted Airport pada kira-kira 1015 dan mendarat dengan selamat bersama kehadiran polis Essex. Pesawat diarah diletakkan di kawasan terpencil dari kawasan lapangan terbang biasa,” kata pengendali lapangan terbang tersebut.

Tetapi, landasan dibuka semula dan beroperasi sepenuhnya berikutan pendaratan berhat-hati penerbangan Air India. – MalaysiaGazette