PTPTN
Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, penangguhan yang bakal memberi manfaat kepada hampir 1.5 juta peminjam itu berkuatkuasa serta-merta sehingga 30 September ini.-Gambar Hiasan.

KUALA LUMPUR – Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) mencatat kutipan deposit Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN) sebanyak RM4.9 bilion sehingga Mei lalu melibatkan 4.1 juta akaun yang dibuka sejak skim itu diperkenalkan pada 2004.

Pengerusi PTPTN, Wan Saiful Wan Jan berkata, prestasi SSPN bagi tempoh Januari hingga Mei tahun ini menunjukkan peningkatan sebanyak RM376.66 juta berbanding RM340.94 juta dalam tempoh sama pada 2018.

“Peningkatan tersebut menunjukkan semakin ramai rakyat Malaysia sedar pentingnya membuat persediaan lebih awal dengan tabungan bagi tujuan pendidikan anak-anak,” katanya semasa berucap pada Majlis Mesra Bersama Pelanggan dan Pelancaran Cabutan Hadiah SSPN 2019, di sini, hari ini.

SSPN adalah instrumen simpanan oleh PTPTN bagi tujuan pendidikan tinggi menawarkan dua produk iaitu SSPN-i yang dilancarkan pada 2004 dan SSPN-i Plus yang yang dilancarkan pada 2015. – Bernama