Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad dan isteri, Tun Siti Hasmah Mohamad Ali bergambar bersama karakter Marvel Studios pada Pelancaran Pameran 10 Tahun Wira-Wira Marvel Studio di Pavilion Kuala Lumpur. foto SYAFIQ AMBAK, 27 JUN 2019

KUALA LUMPUR – Pameran eksklusif mempamerkan adiwira-adiwira dan filem filem terbitan Marvels dari 2008 kini dibuka untuk kunjungan umum di Pavilion Bukit Bintang bermula esok.

Pameran julung kali itu telah dirasmikan oleh ‘adiwira’ Malaysia, Perdana Menteri Tun Dr.Mahathir Mohamad dalam majlis yang penuh meriah dan turut dihadiri Menteri Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan, Mohammadin Ketapi.

Pameran bertajuk Marvel Studios: Ten Years of Heroes’ itu diadakan sempena ulang tahun ke-10 kemunculan filem filem bermula dari Iron Man (2008) sehinggalah Avengers Endgame (2019 yang berjaya menarik minat jutaan penonton di seluruh dunia.

Pameran itu dilesenkan oleh The Walt Disney Asia Tenggara kepada Crave Alive and Beast Kingdom, dengan kolaborasi Samsung Malaysia, Maybank dan KLOOK untuk membawa pengalaman luar biasa kepada rakyat di negara ini.

Ruang Pameran di tingkat 10 Pavilionkini mempamerkan props filem sebenar, kostum pakaian dan senjata asli yang digunakan setiap adiwira filem Marvels selain menawarkan konsep dan pengalaman lebih interaktif.

Sudah pasti pameran ini akan memberi pengalaman dan kenangan yang tidak dapat dilupakan setiap peminat yang setia mengikuti sequel Marvels.

Pameran itu akan berlangsung selama tiga bulan sehingga 27 Oktober ini dan dibuka untuk kunjungan awam bermula 10 pagi hingga 10 malam.

Sebanyak sembilan galeri dibuka masing masing mewakili setiap adiwira bermula jelmaan Iron Man dengan kostum pakaiannya Mark II, Mark V dan Mark VI.

Captain Amerika, Thor, Doctor Strange, The Guardian of Galaxy, Black Panther, Ant Man, Captain Marvel,The Avengers, The Collectors Museum mempamerkan Thor: The Dark World (2013).

Pengunjung juga berpeluang untuk membeli barangan koleksi Marvel termasuk beberapa buah barangan terpilih yang pertama kali dijual di Malaysia.

Selain itu pengunjung berpeluang mengambil gambar di Marvel’s Avengers ID Station sebelum memulakan pengembaraan di dalam ruang pameran dan boleh mengumpul Kad Pengenalan peribadi Avengers selepas lawatan.

Tiket dewasa dijual pada harga RM58 manakala kanak-kanak berusia 2 hingga 12 tahun ebanyak RM38. Warganegara Malaysia menikmati harga tiket RM48 (dewasa) dan RM28*(kanak-kanak). .

Diskaun sebanyak 10 peratus untuk tiket kemasukan dewasa dan kanak kanak antara 21 Jun hingga 7 Julai 2019 juga boleh diperoleh menerusi  www.klook.com/MarvelstudiosExhibitionMalaysia.

Setiap kanak-kanak bawah 12 tahun akan menerima buku aktiviti Avengers yang memerlukan mereka menyelesaikan setiap aktiviti dalam galeri adiwira dan boleh  menebus lencana Marvels. – MalaysiaGazette