Gambar hiasan. Foto Reuters

SEOUL- Harga minyak kukuh pada Jumaat dengan fokus tertumpu kepada Persidangan G20 yang mana mesyuarat yang telah dijadualkan di antara Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump dan Presiden China, Xi Jinping diharapkan dapat meredakan ketegangan perdagangan.

Niaga hadapan Brent LCOc1 naik lima sen atau 0.08 peratus kepada AS$66.60 setong pada 0043 GMT.

Manakala niaga hadapan minyak mentah US West Texas Intermediate (WTI), CLc1 jatuh dua sen atau 0.03 peratus kepada AS$59.41 setong.

Pemimpin-pemimpin negara G20 akan bertemu pada Jumaat dan Sabtu ini di Osaka, Jepun tetapi mesyuarat yang paling ditunggu-tunggu di antra Trump dan Jinping dijangka berlangsung pada Sabtu.

Perang perdagangan di antara dua ekonomi terbesar dunia itu telah memberi kesan kepada harga minyak di samping mencetuskan kebimbangan terhadap kelembapan ekonomi yang boleh menjejaskan permintaan terhadap komoditi.

“Walaupun tidak mengharapkan perdamaian di antara kedua-dua pihak, ia akan memberi tapak kepada mesyuarat OPEC beberapa hari selepas itu,” kata ANZ Bank dalam satu nota.- MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast