Nasa mengkaji penemuan Asteroid bersaiz 140 batu yang dikatakan kaya dengan logam galian emas mampu jadikan 7 bilion manusia di bumi menjadi bilionair.- Foto: NASA

NEW YORK – Pentadbiran Angkasa dan Aeronautik Negara (NASA) sedang mengkaji sebuah asteroid gergasi yang didapati penuh dengan emas dan bahan logam berharga.

Asteroid emas itu digambarkan bagi cukup menjadikan komuniti dunia menjadi bilionair.

Asteroid yang dikenali sebagai 16 Psyche mempunyai massa kurang 1 peratus bulan kita dan mengandungi timbunan platinium, besi, nikel dan emas.

Jumlah nilai gabungan semua logam berharga itu adalah bersamaan dengan nilai $700 quintilion (mempunyai 18 kosong).

Jika anda membawa kembali ke bumi dan berkongsi keuntungan secara sama rata, ia akan menjadikan tujuh bilion penduduk dunia ini bilionair berlipat ganda.

Malangnya, ia dilihat agak mustahil daripada segi ekonomi.

Nilai gabungan ekonomi dunia ialah sekitar £59.9 trilion pound.
Maka menyuntik dengan nilai beberapa quintilion (dengan 18 sifar di belakang satu angka) ke dalamnya akan menyebabkan semuanya hancur.

Logiknya membawa balik batu asteroid gergasi itu memerlukan beberapa tindakan dan kaedah terbaik.

Kedudukan Asteroid ’emas’ adalah antara Mars dan Musytari dan berukuran kira-kira 140 batu (225.30816 kilometer) secara keseluruhannya.

NASA sedang merancang untuk menlancarkan pesawat ke bulan pada Ogos 2022 untuk melawat asteroid itu.

Pesawat khas itu dijangka tiba di orbit pada tahun 2026 dan mengambil masa selama 21 bulan untuk mengkaji sepenuhnya asteroid ’emas’ itu dengan peralatan seperti ultispectral imager, sinar gamma, spektrometer neutron dan magnetometer.

Sudah tentunya hasil kajian itu adalah bertujuan saintifik dan NASA tidak mempunyai sebarang agenda tersembunyi untuk menghasilkan wang daripada asteroid berkenaan.

Tetapi mereka yang lain berkeyakinan ia berpotensi untuk perlombongan di asteroid itu.

“Itu adalah industri besar seterusnya.. sebaik sahaja anda menubuhkan infrastruktur maka potensinya adalah infiniti (tidak terbatas).

Pengasas Syarkat Perlombongan Asteroid yang berpangkalan di United Kingdom, Mitch Hunter-Scullion memberitahu, BBC bahawa terdapat sejumlah wang yang besar untuk dihasilkan sekiranya mana-mana pihak yang mampu menyahut cabaran asteroid emas berkenaan.

Syarikat perlombongan asteroid itu merancang untuk memulakan operasi perlombangan di Angkasa lepas menjelang tahun 2030.

Sementara itu, NASA berpendapat bahawa 16 Psyche mungkin terbentuk akibat perlanggaran dengan planet semasa pembentukan sistem suria di alam semesta.

Penerokaan asteroid emas akan menjawab persoalan saintis bagaimana teras bumi terbentuk.

Dalam batuan planet-planet, ahli sains menyimpulkan kehadiran metalik tetapi ia tidak dapat dicapai di bawah planet berbatu, jelas NASA.

NASA dan Saintis yakin 16 Psyche menawarkan ‘tingkap unik’ untuk meneroka sejarah ganas perlanggaran dan pertambahan yang mewujudkan planet yang digelar sebagai terestrial.- MalaysiaGazette