Adif Zulkifli

KUALA LUMPUR – Petronas Gas Bhd. mengumumkan pelantikan Adif Zulkifli sebagai pengerusinya berkuatkuasa 1 Julai ini bagi menggantikan Datuk Mohd. Anuar Taib yang meletakkan jawatan.

Dalam kenyataannya kepada Bursa Malaysia, Petronas Gas berkata, ahli-ahli lembaga pengarah syarikat tersebut telah menerima permohonan peletakan jawatan Anuar pada Khamis.

Bagaimanapun, berdasarkan laman web Petronas, Anuar masih lagi Naib Pengerusi Eksekutif dan Ketua Pegawai Eksekutif Perniagaan Huluan Petronas.

Hanya porfolio beliau di dalam Petronas Gas sahaja diserahkan kepada Adif.

Menurut Petronas Gas, peletakan jawatan Anuar dan pelantikan Adif adalah sejajar dengan penstrukturan semula dalaman syarikat induknya, Petronas. – MalaysiaGazette

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here

Comment moderation is enabled. Your comment may take some time to appear.