SINGAPURA – Pembuat pesawat, Airbus, merancang menggunakan teknologi bagi mengurangkan bilangan juruterbang yang diperlukan dalam kokpit, kata seorang eksekutif syarikat itu.

“Dengan menggunakan lebih banyak teknologi kecerdasan buatan (AI) dalam sistem akan membolehkan kami memulakan (usaha) mengurangkan juruterbang daripada mandat tugasan, tugasan rutin – bagi mengekalkan elemen manusia dalam rantaian pemikiran strategik dan tugasan membuat keputusan,” kata Ketua Pegawai Teknologi Airbus, Grazia Vittadini.

Ia akan membawa syarikat ‘ke laluan pencapaian sasaran operasi juruterbang tunggal yang kami sasarkan'” katanya kepada CNBC pada persidangan Innovfest Unbound.

Perubahan bilangan jutruterbang dalam kokpit akan menyelesaikan masalah kekurangan juruterbang, khususnya apabila pertumbuhan industri penerbangan mengatasi pertumbuhan ekonomi, tambah beliau.

Mengenai kekhuatiran juruterbang yang berada dalam pesawat, Vittadini berkata, Airbus memberi keutamaan kepada keselamatan daripada segala-galanya dan tidak akan pergi kepada tahap keselamatan yang lebih rendah daripada sekarang.

Katanya, senario itu akan mengambil masa dan masa selama 60 tahun diperlukan untuk mengurangkan juruterbang dalam kokpit daripada empat orang kepada dua orang.

Para penumpang akan dapat menyesuaikan diri dengan teknologi baharu itu, katanya.

“Datuk dan nenek kami tidak pernah menjejak kaki dalam lif tanpa budak yang mengendalikannya. Hari ini, penggunaan lif bukannya sesuatu yang mengujakan atau memberi kekhuatiran untuk seseorang,” kata Vittadini. – Agensi