Sidang Media Mohamad Sabu selepas merasmikan Mesyuarat Agung Koperasi Tentera di Kem Sungai Buloh pagi tadi.

SUNGAI BULOH- Mohamad Sabu menyokong supaya gaji anggota dan pegawai Angkatan Tentera Malaysia juga dikaji untuk kenaikan oleh kerajaan.

Menteri Pertahanan itu berkata, pihaknya bersetuju seiring sepertimana Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang mahu Kementerian Dalam Negeri mengkaji cadangan mereka supaya gaji anggota polis berjawatan rendah dinaikkan.

“Kita juga akan bersama bersama tentera dan pihak (cadangan Polis) itu. Kita bersetuju mengkaji (gaji tentera) dari semasa ke semasa,” katanya dalam sidang media selepas Merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan ke-54 Koperasi Angkatan Tentera Malaysia Berhad di Dewan Perbadanan Hal Ehwal Bekas Angkatan Tentera (Perhebat), Kem Sungai Buloh di sini hari ini.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas pertanyaan wartawan sama ada Kementerian Pertahanan dan Koperasi Tentera juga akan mendesak kerajaan mengkaji dan menaikkan gaji pegawai dan anggota tentera seperti mana KDN yang bersetuju supaya gaji PDRM akan dikaji semula.

Pada Selasa 25 Jun lalu, Menteri Dalam Negeri, Tan Sri Muhyiddin Yassin bersetuju cadangan kenaikan gaji untuk polis namun menjekaskan pihaknya perlu mengkaji secara menyeluruh cadangan itu yang mahu kerajaan menaikkan gaji anggota polis berpangkat rendah.

“Beberapa perkara perlu diteliti lebih mendalam terhadap cadangan berkenaan kerana ia turut menyentuh struktur tangga gaji ditetapkan IPA (Jabatan Perkhidmatan Awam).

“Aspek utama yang turut perlu diberi perhatian ialah soal kemampuan kerajaan untuk menampung perbelanjaan tambahan jika cadangan itu dilaksanakan berikutan berdepan masalah kewangan ketika ini dan ia memerlukan sedikit kesabaran.

“KDN menyokong cadangan ini tetapi apabila dibawa ke agensi berkaitan dan JPA, dia kena ambil kira bukan saja perjawatan polis tetapi perjawatan lain juga kerana ia ada kesan penggandaan.

“Asas untuk mereka mohon kenaikan itu ada. Yang diminta bukan hanya kenaikan gaji tapi elaun bagi sesetengah kategori perjawatan yang bukan diputuskan lagi oleh kerajaan..ini semua akan diteliti,” ujarnya lagi.- MalaysiaGazette