NEW DEHLI – Seorang wanita dengan anak perempuannya telah dibunuh secara kejam oleh sekumpulan lelaki yang mendakwa mengamalkan ilmu hitam di sebuah kawasan pedalaman daerah Barat Singhbhum, Jharkhand.

Agensi melaporkan, lebih memilukan tiga lelaki juga dari kawasan kampung sama bertindak membelasah wanita berusia sekitar 50-an itu dengan teruk sekali sebelum menikamnya berkali-kali.

Nasib yang sama juga dialami oleh anak perempuan wanita tersebut yang ketika itu juga berada dalam rumah.

Siasatan awal mendapati, terhadap sedikit salah faham antara mangsa dengan salah seorang daripada penyerang itu yang juga merupakan antara keluarga terdekat.

Mereka dikatakan berebut tanah milik keluarga sehingga menggunakan ilmu sihir antara satu sama lain.

Bagaimanapun, perbuataan wanita itu akhirnya diketahui salah seorang daripada penyerang lelaki itu sebelum bertindak membunuhnya dengan cara paling kejam dengan dua lagi kawannya pada malam Rabu lepas waktu tempatan.

Pada masa itu, suami mangsa tidak berada di rumah dan hanya pulang selepas isteri dan anaknya sudah tidak lagi bernyawa terbaring kaku.

Suspek ketika ini dipercayai telah melarikan diri dan sedang di buru oleh pihak berkuasa.

Menurut Ketua Polis Daerah Singhbhum, Indrajit Mahatha pihaknya sudah mengetahui motif dan insiden bunuh kerana ilmu hitam atau sihir ini bukanlah sesuatu yang baru.

“Kita mendapat tahu pada awal siasatan melalui orang kampung, suspek mendapat tahu tentang penggunaan ilmu hitam ke atasnya bagi memastikan dirinya tidak cuba menuntut harta berkenaan.

“Suspek tidak berpuas hati kemudian menyerang mangsa dengan bertindak membelasah sebelum menikamnya berkali-kali sehingga mati. Anak perempuan wanita itu juga turut menjadi mangsa kerana berada dalam rumah berkenaan.

“Kita sedang buru suspek pada masa ini,” ujarnya.

Menurut rekod Biro Jenayah Nasional, sekurang-kurangnya lebih 2,000 wanita telah dibunuh antara tahun 2000 sehingga 2012 kerana penggunaan ilmu hitam di India.

Pihak berkuasa juga percaya penggunaan ilmu sihir atau hitam masih lagi di guna pakai di kawasan-kawasan pedalaman di negara ini sehingga kini malah ada juga sehingga mendatangkan maut. –MalaysiaGazette