Datuk Mohd. Anuar Taib

KUALA LUMPUR – Datuk Mohd. Anuar Taib masih kekal sebagai Naib Presiden Eksekutif dan Ketua Pegawai Eksekutif Perniagaan Huluan Petronas.

Syarikat petroleum negara itu dalam satu kenyataan malam tadi memaklumkan, Anuar hanya meletakkan jawatan sebagai pengerusi dan ahli lembaga pengarah Petronas Gas Bhd., salah sebuah anak syarikat Petronas pada 28 Jun lalu.

Tempat beliau digantikan dengan Adif Zulkifli yang dilantik sebagai Naib Presiden Eksekutif dan Ketua Pegawai Perniagaan Gas dan Tenaga Baharu berkuatkuasa 1 Julai ini.

“Merujuk kepada laporan-laporan media sebelum ini yang mendakwa Naib Presiden Eksekutif dan Ketua Pegawai Eksekutif Perniagaan Huluan, Datuk Mohd. Anuar Taib yang didakwa telah meninggalkan Petronas.

“Petronas ingin memberi penjelasan bahawa Datuk Mohd. Anuar masih kekal dengan jawatannya sebagai Naib Presiden Eksekutif dan Ketua Perniagaan Huluan Petronas,” katanya.-MalaysiaGazette

ARTIKEL BERKAITAN:

https://malaysiagazette.com/blog/2019/06/28/orang-nombor-dua-petronas-letak-jawatan/

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast