KUALA LUMPUR – Dakwaan bahawa pusat latihan daerah bagi pembangunan bola sepak negara ditutup adalah tidak benar, persidangan Dewan Rakyat diberitahu hari ini.
Menteri Belia dan Sukan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman berkata 13 pusat terlibat itu bukannya ditutup sebaliknya keutamaan pusat itu kini beralih kepada pembangunan skuad bola sepak wanita dan futsal kebangsaan.
“Kita mahu beri priority kepada skuad futsal atau wanita yang tidak diberi perhatian secukupnya..tak ditutup tapi keutamaan diubah,” katanya.
— BERNAMA
















