Bilik gerakan dibuka bagi membuat pemantauan kualiti udara di Pasir Gudang, dengan operasi akan diketuai oleh Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia negeri dan Jabatan Alam Sekitar Johor.

KUALA LUMPUR – Jurugambar daripada The New Straits Time (NST) menjadi mangsa terjejas dengan pencemaran udara di Pasir Gudang.

Mohd Azren Jamaludin, 33, dimasukkan ke hospital selepas mengalami gejala muntah, demam, sesak nafas dan pitam sejak Sabtu yang lalu.

Doktor yang merawatnya mengesahkan beliau mengalami jangkitan kuman dalam paru-paru akibat terdedah terlalu lama dalam persekitaran tercemar.

Walaubagaimanapun Berita Harian dipetik sebagai berkata tidak memaklumkan hospital yang menempatkan Mohd Azren.

Beliau yang juga disahkan dijangkiti virus Influenza B kini masih di bawah pengawasan doktor.

Untuk rekod, pada 30 Jun yang lalu, 30 orang pelajar dan guru daripada 15 buah sekolah di Pasir Gudang dirujuk ke klinik kesihatan berikutan mengalami simptom muntah dan pening-pening pagi tadi.

Bagaimanapun menurutnya, sesi persekolahan akan berjalan seperti biasa.-MalaysiaGazette