Baru Bian, pemimpin PKR yang memiliki sokongan kuat di Sarawak.

KUALA LUMPUR – Kementerian Kerjaya Raya belum menerima tawaran rasmi daripada Maju Holdings Sdn.Bhd (Maju) untuk mengambil alih PLUS Malaysia Berhad.

“Kami tidak terima secara cadagan, bagi saya dari kementerian.. itu (tawaran) tidak terima secara rasmi (ambil alih PLUS),” kata Menteri Kerjaraya< Baru Bian di lobi Parlimen hari ini.

The Edge baru-baru ini melaporkan bahawa Maju Holdings mengemukakan tawaran baharu untuk mengambil alih konsesi lenbuh raya itu.

Katanya, Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir Mohamad mengesahkan spekulasi itu yang mana Pengerusi Eksekutif Maju Holdings, Abu Sahid Mohamed mengemukakan cadangan tersebut dan ia merupakan satu-satunya syarikat yang tampil membuat tawaran setakat ini.

Malah The Edge juga mendakwa hanya Menteri Kewangan, Lim Guan Eng sahaja yang menentang tindakan itu tanpa memelaporkan sebab di sebalik bantahannya. – MalaysiaGazette