Stadium Nasional Bukit Jalil akan menjadi venue final Piala FA 2019 pada 27 Julai ini.

KUALA LUMPUR – Stadium Nasional Bukit Jalil bakal diserbu penyokong Perak dan Kedah  pada 27 Julai ini apabila ia menjadi gelanggang perlawanan akhir bola sepak Piala FA 2019.

Sebanyak 80,000 tiket dikeluarkan untuk perlawanan tersebut melibatkan 78,000 tiket dewasa dan 2,000 tiket kanak-kanak.

Ia akan dijual secara dalam talian selian ejen jualan yang sah.

Agihan tiket setiap pasukan adalah 30,000 tiket dewasa (RM50) dan 750 tiket kanak-kanak bawah 12 tahun (RM5).

Bagi penjualan online di tickethotline sebanyak 18,000 keping tiket untuk dewasa dan 500 keping tiket bagi kanak-kanak.

Maklumat akhir adalah tertakluk kepada pindaan Liga Bola Sepak Malaysia (MFL).

Sementara itu, bagi mewujudkan semangat harmoni dan perpaduan dalam kalangan penyokong kedua-dua pasukan, pihak MFL akan mengadakan Viking Clap secara besar-bersaran yang dilakukan penyokong Perak dan Kedah sebelum sepak mula saingan nanti.

Perak berjaya melayakkan diri ke perlawanan akhir selepas menundukkan Pahang menerusi aggregat 4-3 manakala Kedah pula melepasi cabaran Felda United untuk mara dengan kelebihan jaringan di tempat lawan selepas terikat 3-3. – MalaysiaGazette