Kesesakan Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang menyebabkan cadangan untuk membina sebuah lagi lapangan terbang di Bagai Serai, Perak
Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang

KUALA LUMPUR – Berita baik kepada Ketua Menteri dan warga Pulau Pinang!

Kementerian Kewangan (MoF) baharu sahaja memberi kelulusan kepada Malaysia Airports untuk segera meneruskan pelan peluasan beberapa fasa lapangan terbang antarabangsa Pulau Pinang.

Malaysia Airports berkata, sejak dua tahun lalu ia telah mengendalikan projek perluasan ini dan membawa masuk perunding untuk merangka rancangan pembinaan terperinci selepas penglibatan dengan Kementerian Pengangkutan (MOT), Suruhanjaya Penerbangan Malaysia (MAVCOM) dan Kerajaan Negeri Pulau Pinang termasuk Ketua Menteri sendiri.

Pelan-pelan ini sudah siap untuk dikemukakan pada akhir Julai 2019 bagi mendapatkan ‘Kelulusan Merancang’ daripada Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP), selepas projek itu telah mendapat pelepasan yang diperlukan bagi pelan MAVCOM, MOT dan Jabatan Ketua Pengarah Tanah dan Galian Persekuatuan (JKPTG) sebagai pemilik tanah.

Katanya, Malaysia Airports kini sedang berbincang dengan pelbagai pihak mengenai pilihan model pelaburan dan pembiayaan.

Ia juga perlu ambil maklum tentang cadangan permohonan Malaysia Airports untuk membiayai sepenuhnya projek di bawah rangka kerja Peraturan Asas Aset MAVCOM yang telah diserahkan dan kini sedang menunggu kelulusan.

Malaysia Airports berkata, entiti itu memang berada dalam kedudukan untuk membiayai sepenuhnya projek itu.

“Malaysia Airports berharap dengan kelulusan Kementerian Kewangan ini, ia boleh bergerak maju ke hadapan dan mempercepatkan projek ini untuk memenuhi kepentingan dan keperluan rakyat dan negara.

“Apabila pelan yang diperlukan diluluskan oleh Majlis Bandaraya Pulau Pinang, pembinaan dijangka bermula pada suku pertama tahun 2020,” tambahnya. – MalaysiaGazette