Gabriel Martinelli

LONDON – Arsenal berjaya mendapatkan penyerang Brazil berusia 18 tahun, Gabriel Martinelli dari Ituano Futebol Clube dengan nilai perpindahan dirahsiakan.

Martinelli menjadi pemain terbaharu Arsenal musim panas ketika usaha Gunners menawarkan £40 juta pound (RM208 juta) untuk mendapatkan Wilfried Zaha ditolak oleh Crystal Palace.

Martinelli menjaringkan sebanyak 10 gol dalam 34 penampilan buat kelab berpangkalan di Sao Paulo, Ituano dan dipanggil untuk menyertai latihan kebangsaan dengan skuad senior Brazil menjelang Copa America.

“Menjadi impian saya sejak kecil dan juga impian keluarga untuk saya bermain di Eropah bersama kelab besar seperti Arsenal. Saya akan merebut peluang ini,” katanya di laman sesawang Arsenal.

Sementara iti, Crystal Palace menawarkan nilai £80 juta pound (RM417 juta) buat Zaha kepada Arsenal selepas menolak bidaan yang pertama. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast