Hujan lebat menyebabkan pokok tumbang di Kagoshima, Pulau Kyushu. foto Agensi

TOKYO – Kira-kira 600,000 penduduk di selatan bandar Kagoshima dipindahkan sementara di pusat pemindahan dan kawasan-kawasan selamat susulan hujan monsun.

Hujan lebat yang melanda kawasan berkenaan dikhuatiri menyebabkan tanah runtuh dan kerosakan, menurut NHK.

Agensi meteorologi Jepun berkata, hujan dengan 900 milimeter melanda Pulau Kyushu, sejak akhir Jun.

Hujan lebat juga dijangka berterusan sehingga Khamis ini.

Lebih daripada 200 orang terbunuh di barat Jepun akhir Julai tahun lepas disebabkan kejadian tanah runtuh dan banjir akibat hujan lebat. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast