Sufian Suhaimi sedang popular dengan single terbaharu, Di Matamu.
Sufian Suhaimi

KUALA LUMPUR – Penyanyi popular,   mencipta sejarah apabila dipilih sebagai Pemimpin Paling Diminati bagi kategori Selebriti dalam Anugerah Asia 2019 yang dianjurkan Herald Global.

Anugerah Asia 2019 itu yang dianjurkan oleh Global & ERTC Media sebagai menghargai dan meraikan generasi usahawan, pencipta dan pengusaha di atas usaha kepimpinan mereka yang memberikan inspirasi kepada masyarakat.

Majlis Anugerah Asia 2019 itu akan diadakan sempena Malaysia, Global Business Symposium 2019 di Hotel Intercontinental, Kuala Lumpur pada 26 Ogos ini.

Sufian sebelum ini popular dengan lagu Di Matamu yang banyak membantu menaikkan namanya dikenali.

Video klip Di Matamu setakat ini telah mendapat 61 juta tontonan dalam YouTube dan disenaraikan dalam Malaysia Book of Record sebagai video paling ditonton. – MalaysiaGazette