KUALA LUMPUR – Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah memberi perkenan untuk menamakan semula Jalan Semangat di Petaling Jaya kepada Jalan Profesor Khoo Kay Kim.

Ia sebagai mengenang jasa tokoh akademik itu kepada negara, kata Menteri Besar Selangor, Amirudin Shari.

Sejarawan negara itu meninggal dunia pada 29 Mei lalu di Pusat Perubatan Universiti Malaysia.

Tambah Amirudin, kerajaan negeri juga menetapkan smeua papan tanda jalan di Selangor menggunakan bahasa Melayu sahaja.

Ia selaras dengan Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan dan Akta Bahada Kebangsaan 1963/1967.

Perihal ini turut mendapat perhatian Sultan Selangor yang memberi titah dan nasihat agar Kerajaan Negeri Selangor memartabatkan bahasa Melayu dengan menetapkan hanya bahasa itu digunakan dalam papan tanda rasmi kerajaan negeri termasuk pihak berkuasa tempatan. – MalaysiaGazette