Ahli Parlimen Marang, Datuk Seri Abdul Hadi Awang

KUALA LUMPUR – Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata beliau setuju jika pendaftaran pengundi berumur 18 tahun dilaksanakan secara automatik.

Katanya, cadangan kerajaan Pakatan Harapan (PH) bagi menurunkan had umur pengundi kepada 18 tahun dan pendaftaran pengundi secara automatik disebabkan rakyat negara ini bersifat malas untuk menjadi pengundi.

“Itu kita (anggota parlimen pembangkang) sudah bincang, pembangkang sudah bincang dan saya bersetuju untuk itu. Tapi apa yang penting (ia didaftarkan secara) automatik sebab orang kita malas daftar undi,” katanya di lobi Dewan Rakyat, hari ini.

Semalam, Ketua Pembangkang, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, blok pembangkang sedia menyokong pindaan untuk menurunkan had umur mengundi kepada 18 tahun secara bersyarat iaitu pendaftaran golongan berkenaan secara automatik.

Parti-parti pembangkang iaitu BN, Pas dan GPS memberi lampu hijau kepada usaha kerajaan untuk menurunkan umur mengundi hingga 18 dengan syarat ia dilakukan melalui pendaftaran pengundi automatik.

Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Azhar Azizan Harun hari ini memaklumkan bahawa kerajaan perlu membuat pindaan lain dalam Perlembagaan Persekutuan di parlimen untuk melaksanakan pendaftaran pengundi secara automatik (AVR). -MalaysiaGazette

Artikel berkaitan

https://malaysiagazette.com/blog/2019/07/04/pendaftaran-automatik-pengundi-boleh-disekalikan-dengan-penurunan-had-umur/

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast