Aminuddin Awang

PUTRAJAYA – Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP), menggesa agar pihak berkuasa membuat siasatan bagaimana sebuah bas yang uzur dibenarkan beroperasi sehingga menyebabkan seorang pelajar lelaki maut selepas terjatuh daripada bas sekolah sedang bergerak.

Presidennya, Aminuddin Awang berkata, gesaan itu perlu memandangkan ia melibatkan program rombongan sekolah.

“Dalam hal ini siasatan perlu dibuat terhadap bas tersebut. Bagaimana sebuah bas yang dalam keadaan uzur itu dibenarkan operasi dan membawa anak-anak pelajar ke program rasmi,” katanya kepada wartawan selepas menghadiri sidang media khas Kementerian Pendidikan hari ini.

Wan Muhammed Adam Mohd Suria, 12, maut selepas selepas terjatuh dari bas sekolah sedang bergerak dipercayai akibat terpijak lantai bas berlubang di Kampung Kandis, Pasir Puteh semalam.

Dalam kejadian jam 11.50 pagi, pelajar terbabit meninggal dunia di tempat kejadian akibat parah di seluruh badan.

Difahamkan mangsa bersama rombongan sekolahnya dalam perjalanan ke Bukit Keluang, Besut, Terengganu bagi mengikuti Bengkel Bahasa Inggeris bersama Universiti Teknologi Mara (UiTM). – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast