Wanita jilat askrim untuk dijual di pasaraya di Texas dikenalpasti dan bakal berdepan hukuman panjara 20 tahun.

TEXAS – Polis Texas berjaya mengenalpasti identiti seorang wanita yang menjilat aiskrim untuk dijual dalam kejadian di sebuah pasar raya di sini.

Insiden itu dipercayai berlaku minggu lalu apabila wanita itu membuka penutup aiskrim dan menjilatnya sebelum meletakkan kembali di dalam peti sejuk.

Kini wanita itu bakal berdepan hukuman penjara 20 tahun.

Insiden itu berlaku di sebuah pasaraya Walmart di Lufkin, Texas di sini.

Rakaman Kamera Litar Tertutup (CCTV) telah merakamkan tindakan wanita itu.

Polis Lufkin sudah memiliki nama penuh wanita itu namun masih menunggu pengesahan identiti sebelum membuat tangkapan.

Kakitangan di Walmart percaya mereka juga sudah mengenal pasti aiskrim yang dicemarkan oleh wanita itu.

Klip video perbuatan menjijikkan itu menunjukkan wanita telah membuka penutup aiskrim berjenama Blue Blell Aiskrim.

Aksi itu dirakam rakannya menggunakan telefon bimbit.

Kini wanita itu bakal berdepan denda $10,000 dolar Amerika (RM41,000) dan penjara sehingga 20 tahun akibat perbuatannya.

Malah wanita sama dijangka berdepan hukuman lebih tegas apabila polis sedang berbincang dengan Pusat Pentadbiran Makanan dan Dadah Amerika Syarikat untuk mengenakan hukuman lebih berat sebagai peringatan kepada orang lain.

Blue Bell juga menegaskan mereka sudah mengeluarkan sedozen kotak aiskrim itu daripada peti sejuk di pasar raya itu sebagai langkah awal mengelak mana-mana pengguna tersalah beli aiskrim tercemar itu.- MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast