TERKINI : Hanya PM Boleh Luluskan Eksport Pasir Laut – Xavier Jayakumar

Menteri Air, Tanah dan Sumber, Dr. A. Xavier Jayakumar berkata, sebarang kegiatan eksport pasir sungai perlu mendapat kelulusan daripada Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Setakat ini, menurut Xavier, hanya empat syarikat yang telah diberi lesen mengeksport pasir sungai dengan kapasiti kurang daripada dua juta tan.