Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad.

KUALA LUMPUR – Kematian seorang wanita yang tular di media sosial bukan berpunca daripada insiden pencemaran Pasir Gudang.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Dzulkefley Ahmad dalam satu kenyataan berkata, wanita yang dimaksudkan itu merupakan seorang penghidap penyakit kronik terutama darah tinggi selama 10 tahun.

“Pada 5 Julai 2019, arwah telah dibawa ke Hospital Sultan Ismail Johor Bahru kerana mengalami gejala kesukaran bernafas dan batuk selama tiga hari, bengkak di kaki dan demam.

“Beliau dimasukkan di dalam wad di mana pemeriksaan mendapati arwah dalam keadaan akut iaitu tekanan darah yang sangat tinggi serta pernafasan yang sesak.

“Pasukan perubatan berusaha sedaya upaya memberikan rawatan namun keadaan kesihatannya menjadi semakin serius dan telah meninggal dunia pada 6 Julai 2019 dengan sebab kematian sebagai decompensated heart failure,” katanya.

Justeru pihak kementerian mengucapkan takziah kepada keluarga arwah dan Dzulkefley menasihati orang ramai menghormati perasaan keluarga arwah serta mengelak menyebarkan maklumat yang tidak sahih.- MalaysiaGazette

ARTIKEL BERKAITAN:

https://malaysiagazette.com/blog/2019/07/07/pencemaran-udara-pasir-gudang-ragut-satu-nyawa/