Haziq Abdullah Abdul Aziz

KUALA LUMPUR  – Ketua Angkatan Muda Keadilan Santubong, Haziq Abdullah Abdul Aziz akan mengemukakan rayuan kepada Lembaga Disiplin PKR selepas dipecat parti itu minggu lalu.

Haziq berkata, dia sentiasa hormat dengan prosedur yang diambil oleh parti sebelum menjatuhkan hukuman.

“Saya dihukum hanya kerana saya menggesa pihak SPRM (Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia) menyiasat tuduhan-tuduhan korupsi yang dilemparkan terhadap Datuk Seri Mohamed Azmin Ali (Menteri Hal Ehwal Ekonomi).

“Bukannya saya menuduh Datuk Seri Mohamed Azmin korup tanpa bukti.

“Saya hanya menggesa supaya disiasat tuduhan-tuduhan tersebut kerana rakyat berhak mengetahui perkara yang benar,” katanya dalam hantaran terbaharu akaun Facebook miliknya semalam.

Rabu lalu, Haziq dipecat daripada PKR kerana didapati melanggar kod tataetika parti itu.

Pengerusi Lembaga Disiplin PKR, Ahmad Kassim berkata, Haziq telah membuat tuduhan rasuah secara terbuka terhadap pemimpin parti tanpa bukti.

Haziq menambah dia yakin PKR adalah parti yang mengamalkan prinsip ‘Rule of Law’ dan ‘fair hearing’.. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast