BANGKOK – Gara-gara mengambil kepah gergasi, seorang artis wanita Korea Selatan boleh dikenakan hukuman keras oleh kerajaan Thailand.

Lee Yeol-eum, 23, yang mengambilnya dalam siri sebuah prohgram realiti televisyen boleh dipenjara lima tahun

Menurut pihak berkuasa Thailand, aksi artis berkenaan dirakam selepas membawa naik dua kepah gergasi dari dasar laut yang dipenuhi batu karang.

Kepah tersenarai sebagai antara spesies hidupan laut terancam dan dilindungi di Thailand.

Ketua Taman Negara Hat Chao Mai, Narong Kongaid memberitahu AFP yang pihaknya sudah memfailkan dua aduan kepada pelakon berkenaan kerana melanggar undang-undang Taman Negara dan Undang-Undang Perlindungan Hidupan Liar.

Bagaimanapun, syarikat produksi Korea Selatan terbabit sudah memohon maaf namun ia tidak boleh ditarik balik.

Pihak polis akan memikirkan cara untuk mencari Yeol-eum walaupun pelakon itu tidak lagi berada di Thailand, kata Narong.

Selepas aduan jenayah itu difailkan kepada pihak polis, ia kini bergantung kepada pendakwa raya mahkamah untuk menentukan sama ada Yeol-eum diburu atau kes berkenaan akan digugurkan.- MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast