KUALA LUMPUR – Tun Dr. Mahathir Mohamad perlu memohon maaf terlebih dahulu jika benar-benar mahu orang Melayu bersatu.
Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Lokman Noor Adam berkata, Pengerusi PPBM itu juga perlu menyerahkan jawatan Perdana Menteri kepada Datuk Seri Najib Razak dan mengaku memfitnahnya.
“Memandangkan Mahathir sudah sedar bahawa beliau merupakan Bapa Perpecahan orang Melayu dan kini sudah bertaubat, buatlah pengistiharan beliau telah melakukan kesilapan besar mengkhianati bangsa Melayu dan mohon maaf kepada semua umat Islam atas kehancuran yang beliau telah bawa kepada Islam dan Melayu,” katanya dalam satu kenyataan.
Menurut Lokman, Mahathir juga perlu membubarkan PPBM dan menyertai semula UMNO.
Satu lagi, katanya, bawa sekali Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Mohamed Azmin dan penyokong-penyokongnya sekali.
Jika ia dilakukan oleh Mahathir mungkin orang Melayu dan UMNO akan menerimanya semula, katanya. – MalaysiaGazette
















Yes. Tun Mahathir is the root cause berlaku nya perpecahan di kalangan orang melayu bermula dari zaman YAB Tengku Abdul Rahman sehingga lah sekarang