Ainul Mardhiah Ahmad Safiuddin semakin sihat. foto FB Ahmad Safiuddin

KUALA LUMPUR – Persiapan sedang dibuat untuk membawa balik Ainul Mardhiah Ahmad Safiuddin dari London.

Bapanya, Ahmad Safiuddin Abdul Razak berkata, persiapan itu perlu dilakukan kerana perjalanan pulang ke Malaysia mengambil masa selama 13 jam.

“Alhamdulillah, keadaan Ainul semakin baik. Namun masih perlu dijaga rapi untuk memastikan ainul sembuh dan kuat.

“Pengalaman yang lepas, ainul mendapat infection setelah mengharungi perjalanan yang panjang selama tiga belas jam penerbangan, mudah-mudahan perjalanan pulang kali ini Allah swt melindungi Ainul dan kami semua,” katanya menerusi akaun Facebook.

Ahmad Safiuddin berkata, Ainul masih lagi lemah dan doktor minta supaya tidak mendedahkannya supaya risiko mendapat jangkitan dapat dikurangkan.

“InshaAllah, ada rezeki bila Ainul dah betul-betul bersedia nanti, Ainul boleh berjumpa dengan tuan puan semua.

“Buat masa sekarang, disebabkan ainul ini terlalu fragile, doktor minta supaya kurang mendedahkan ainul supaya risiko mendapat infection dapat dikurangkan.

“Walau bagaimanapun, kami sangat berbesar hati dan gembira bila dapat pulang ke tanah air. Malaysia adalah tempat ainul!

“Terima kasih tuan puan semua kerana mendoakan Ainul dan seterusnya mendoakan kami semua.

“Kami berharap kepada Tuhan Yang Maha Esa semoga doa-doa yang baik itu dikembalikan semula kepada tuan/puan dan juga keluarga. Amin!,” ujarnya.

Bayi sembilan bulan itu telah selamat menjalani pembedahan membuang tumor seberat 200 gram dari dalam mulutnya pada Jun lalu.

Pembedahan yang dilakukan di sebuah hospital di London itu adalah hasil sumbangan rakyat Malaysia dan atas inisiatif Dr Nur Amalina Che Bakri. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast