KUALA LUMPUR – Setelah berjaya menonjolkan dalam penghasilan filem, kini pasangan pelakon Denes Kumar dan isterinya yang merupakan pengarah, Dr Vimala Perumal kembali dalam pembikinan filem ‘Tamil School’.

Daripada tajuknya, seseorang pasti dapat meneka filem ini berkisarkan suka duka serta realiti sekolah-sekolah vernakular di negara ini.

Malah jika mengenali pasangan pelakon dan pengarah yang sinonim dengan trilogi ‘Passangga’, sudah pasti boleh dijangka filem ini sarat dengan mesej terutamanya berkaitan masyarakat India.

Pooja 2

Malah skrip filem ini juga telah di tulis setelah kaji selidik mendalam yang memakan masa sebelum ianya di filemkan.

ProducersJelas sekali ‘Tamil School’ bukan sekadar hiburan untuk mengaut keuntungan kerana ia mempunyai mesej penting untuk di sampaikan kepada umum.

Sebelum ini, filem Passanga juga telah berjaya membawa mesej serta pemahamaan mendalam dalam isu-isu sosial komuniti India yang mendapat kritikan positif.

Menariknya, kali ini filem yang akan diterbitkan oleh Denes dan Vimala sebagai penerbit di bawah produksi Veedu Production menyajikan kelainan dengan mempertaruhkan Shan sebagai pengarah.

Line Producer & ProducersMalah watak utama dalam Tamil School juga mengetengahkan muka baharu, Vidya yang sebelum ini pernah terlibat dalam filem pendek ’Love in 12 hours’ sementara Shameshan Manimaran sebagai pengarah muzik.

Pastinya pembaharuan serta penonjolan muka baharu akan membawa kelainan.

Selain daripada Denes, pelakon lain termasuk David Anthony, Ben-G, Malarvizhi, Charlie Singam, Yasmin Nadiah, Kuben Mahadevan, Viknesh Perumal serta Nalina Devi.

Pembikinan Tamil School dimulai dengan upacara sembahyang yang dihadiri krew filem itu beberapa hari lalu di kuil Sri Srinivasa, Puchong.

Blessing 3Sebelum ini,  filem Vedigundu Passangga terus menjadi sebutan masyarakat tempatan dan antarabangsa yang mana ia turut ditayangkan di United Kingdom (UK), India, Singapura dan Sri Lanka. –MalaysiaGazette

https://malaysiagazette.com/blog/2018/10/01/vedigundu-pasangge-terus-catat-pengiktirafan-kali-ini-dengan-malaysia-book-of-records/