KUALA LUMPUR – Kenanga Investors Berhad (KIB) telah selesai mengambil alih kepentingan 100 peratus dalam Libra Invest Berhad (Libra Invest) sebuah cabang pengurusan dana ECM Libra Financial Group Berhad.

Penyelesaian itu selaras dengan perjanjian pembelian saham bertarikh bertarikh 28 Mac 2019.

KIB adalah anak syarikat pengurusan aset milik Kenanga Investors Berhad.

“Berkuatkuasa hari ini, Libra Invest akan beroperasi sebagai anak syarikat milik penuh KIB.

“”Ini merupakan langkah penting dari segi mengembangkan perniagaan pengurusan aset kami di Malaysia. Ia akan menggerakkan aset di bawah pengurusan KIB sebagai sebuah kumpulan melebihi RM10 bilion, sekali gus meningkatkan kedudukannya sebagai salah satu syarikat amanah saham dan pengurusan aset terkemuka di Malaysia,” kata Datuk Chay Wai Leong, Pengarah Urusan Kumpulan Kenanga Investment Bank Berhad.

Sementara itu, Ismitz Matthew De Alwis, Pengarah Eksekutif dan Ketua Pegawai Eksekutif, KIB menambah, kejayaan ini meletakkan KIB dalam kedudukan unik  kerana ia menyatukan kelebihan daya saing  entiti ini dalam produk ekuiti dan kekuatan pendapatan tetap Libra Invest, untuk memberikan hasil yang ketara kepada para pelabur.

Pengambilalihan ini tidak membabitkan perubahan serta-merta dalam operasi seharian.

“Kami mensasar untuk menyelesaikan harmonisasi sistem, proses dan semua aspek kritikal kedua-dua entiti, menjelang akhir suku ketiga tahun ini. Keutamaan kami adalah untuk memastikan peralihan lancar untuk semua pihak berkepentingan dalaman dan luaran kami, ” katanya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast