Gambar hiasan

NEW DELHI – Seorang lelaki yang telah diisytiharkan mati oleh para doktor pada Isnin lalu, bangun sebelum mayatnya dikebumikan.

Keluarga Mohammad Furqan dikejarkan ke sebuah hospital sebaik sahaja melihat ada gerakan pada tubuh yang telah disahkan meninggal dunia itu.

Doktor-doktor yang memberi rawatan di Hospitak Ram Manohar Lohia kemudian mengisytiharkan lelaki berusia 20 tahun itu masih hidup.

Seperti yang dilaporkan, Furqan diberikan sokongan ventilator.

“Kami telah membayar Rs 7 lakh (kira-kira P514,000) pada sebuah hospital swasta sebelum ini dan apabila kami memberitahu mereka bahawa kami telah kehabisan wang, mereka mengisytiharkan Furqan mati pada hari Isnin,” kata abangnya, Mohammad Irfan.

Ketua pegawai perubatan Lucknow, Narendra Agarwal berjanji akan menyiasat perkara itu.

Pesakit itu dilaporkan masih dalam keadaan kritikal tetapi bukan mati otak.

Dia mempunyai nadi, tekanan darah dan refleksnya berfungsi, “kata doktor yang merawat Furqan. – MalaysiaGazette