TERKINI : PH Tubuh Jawatankuasa Kaji Manifesto PRU – Tun Dr Mahathir

Pakatan Harapan (PH) akan menubuhkan sebuah jawatankuasa untuk mengkaji janji manifesto pilihan raya parti itu menerusi peranan parti dalam gabungannya.

Pengerusi PH, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, jawatankuasa itu akan ditubuh selepas parti berkenaan sudah lebih setahun mentadbir negara.

“Berkenaan (janji-janji) manifesto itu, satu tahun sudah berlalu, ada yang sudah dapat kita laksanakan.

“Tapi sudah sampai masa untuk mengkaji bagaimana melaksanakan semua janji-janji itu.

“Untuk itu sebuah jawatankuasa akan ditubuhkan supaya menetapkan bidang tugas mengenai bagaimana melaksanakan janji-janji manifesto Pakatan Harapan,” katanya pada sidang media selepas mesyuarat Majlis Presiden PH di Yayasan Kepimpinan Perdana di Putrajaya hari ini.