Khairy Jamaluddin

KUALA LUMPUR – Bekas Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin dilihat membuat kenyataan ‘pusingan U’ apabila berkata beliau tidak lagi gembira dengan keadaan semasa dalam partinya.

Ditanya mengenai pelantikan bekas Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Najib sebagai Ketua Lembaga Penasihat gabungan itu, Khairy berkata, beliau tidak gembira.

“Sekarang saya sudah tidak gembira,” katanya ringkas kepada media di lobi Parlimen, hari ini.

Isnin lalu, nada berbeza dipamerkan Ahli Parlimen Rembau itu apabila berkata gembira dengan keadaan sekarang apabila ditanya mengenai pelawaan Ketua Armada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Syed Saddiq Syed Abdul Rahman yang mengajak ahli UMNO itu menyertai Bersatu.

Syed Saddiq sebelum ini secara teebuka mempelawa Khairy menyertai Bersatu bagi memperkukuh kedudukan partinya.

“Memandangkan UMNO-Pas menjadi lebih ke kanan, sudah tiba masanya untuk Bersatu meletakkan kedudukannya sebagai parti berhaluan tengah untuk orang Melayu.

“Saya mahu mengundang Khairy untuk menyertai Bersatu. Sertailah orang-orang seperti Dr. Mahathir Mohamad, Muhyiddin Yassin, Mukhriz Mahathir dan Mustapha Mohamed,” tulis Ahli Parlimen Muar itu di Twitter. -MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast