Prof Dr. Ahmad Murad Merican

KUALA LUMPUR – Kerajaan diminta tidak membebankan profesor, naib cancelor dan dekan dengan tugas-tugas meningkatkan penjanaan pendapatan di institusi pendidikan bagi menjayakan konsep filantropi atau wakaf.

Ini kerana tugas akademik adalah untuk menjana ilmu serta menerbitkan idea dan keilmuan.

Profesor di Institut Antarabangsa Pemikiran dan Tamadun Islam (Istac-Universiti Islam Antarabangsa Malaysia), Prof. Datuk Dr Ahmad Murad Merican berkata, walaupun secara formalnya naib canselor bertanggungjawab dalam menjana pendapatan tetapi tugaskan itu memerlukan jawatan khusus.

Menurut beliau, kalau golongan akademik ini ditugaskan mencari dana, lebih elok mereka tukar kerjaya kepada keusahawanan atau perniagaan.

Tambahnya, jangan diganggu pemikiran golongan akademik dengan ini.

“Profesor, sarjana dan ahli-ahli akademik ada tugas hakiki.

“Jika universiti diseru bijak jana kewangan dan pendapatan, wujudkan bahagian/jawatan khusus untuk tujuan tersebut. Wujudkan jawatan ketua pegawai kewangan/ketua penjanaan pendapatan.

“Budaya filantropi amat sepi dalam kampus. Ini soal kesedaran dan pengurusan,” katanya yang meminta Ahli Parlimen Port Dickson, Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak membuat kenyataan yang kurang munasabah berhubung perkara ini.

Dr Ahmad Murad merujuk kepada gesaan Anwar yang meminta pihak pengurusan universiti bijak merencana dan meningkatkan penjanaan pendapatan di institusi pendidikan masing-masing bagi menjayakan konsep filantropi atau wakaf.

Anwar yang juga Penaung Persatuan Alumni Universiti Malaya (UM) berkata, konsep filantropi mampu memainkan peranan dalam membantu khususnya penuntut yang tercicir dan terpinggir. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast