Saksi, Peguam, Mohd Suhaimi Ismail berjalan keluar selepas selesai hadir untuk perbicaraan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak kes SRC International Sdn Bhd membabitkan dana RM42 juta di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur. foto NOOREEZA HASHIM, 15 JULAI 2019.

KUALA LUMPUR – SRC Interntional Sdn Bhd perlu membayar sebanyak RM4.6 bilion kepada Kumpulan Wang Persaraan Diperbadanankan (KWAP) bagi setiap pinjaman yang dilakukannya.

Demikian kata saksi ke-48, Shuhami Ismail kepada Mahkamah Tinggi hari ini ketika menjawab soalan Timbalan Pendakwa Raya , Muhammad Saifuddin Hashim Musaimi.

Jelasnya jumlah itu termasuk keuntungan bagi RM4 bilion yang dipinjam pada 2011 dan 2012.

Suhaimi: SRC kena bayar RM4.6 bilion untuk pinjaman pertama dan RM 4.6 bilion untuk pinjaman kedua.

Muhammad Saifuddin: Termasuk keuntungan?

Shuhaimi: Ya.

Muhammad Saifuddin: Jadi untuk RM 4.6 bilion tu berdasarkan RM2 bilion pertama dan RM 4.6 bilion kedua?

Shuhaimi: Ya.

Muhammad Saifuddin: Jadi jumlah kedua-dua ini adalah RM9.2 bilion.

Shuhaimi: Ya.

Shuhami adalah peguam yang yang menyediakan kertas perjanjian kedua-dua pinjaman SRC.

Membaca keterangan bertulisnya, Shuhaimi kemudian mengesahkan KWAP menjual aset berjumlah RM4.6 bilion dalam bentuk saham kepada SRC International untuk pinjaman pertama berjumlah RM2 bilion.

“Ini jualan kepada SRC. Harga jualan merujuk kepada pembiayaan RM2 bilion termasuk keuntungan yang dipersetujui untuk tempoh sepuluh tahun.

“Ia berdasarkan kadar yang dipersetujui,” katanya.

Terdahulu beliau berkata, pinjaman syarikat itu dikategorikan sebagai patuh syariah yang dipanggil Bai al-Inah.

Menurutnya, perjanjian itu gelar patuh syariah apabila menggunakan perkataan pembiayaan dan pelanggan, berbeza dengan konsep konvensional yang menggunakan istilah pemberi pinjam dan peminjam. – MalaysiaGazette

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here

Comment moderation is enabled. Your comment may take some time to appear.