Bengkel kereta yang menghasilkan Ferari dan Lamborghini palsu di Santa Catarina. foto Agensi

RIO DE JANEIRO – Polis Brazil telah menyita sebuah bengkel rahsia yang mengeluarkan Ferrari dan Lamborghini palsu.

Bengkel yang terletak di selatan Santa Catarina itu dimiliki oleh seorang lelaki bersama anak lelaki.

Mereka telah ditahan atas pendakwaan berkaitan harta industri.

Polis berkata, kereta-kereta yang dikeluarkan dijual di media sosial pada harga AS$45,000 hingga AS$ 60,000 – jauh lebih murah daripada harga sebenar.

Bagaimanapun, pihak berkuasa tidak mendedahkan jenis-jenis peralatan yang digunakan untuk membina kereta tersebut, tetapi menunjukkan badan kereta, lencana dan aksesori yang dikaitkan dengan kereta jenama Itali itu.

Serbuan itu dilakukan selepas menerima aduan daripada syarikat-syarikat kereta Itali.

Lapan kenderaan yang hampir selesai dibangunkan dirampas dalam serbuan tersebut dan polis sedang menyiasat berapa jumlah kereta berkenaan yang telah dikeluarkan. – MalaysiaGazette