Christine Lagarde

WASHINGTON – Christine Lagarde akan meletak jawatan sebagai Pengarah Urusan Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF).

Kenyataan itu dikeluarkan menjelang keputusan mengenai pencalonannya untuk menjadi Ketua Bank Pusat Eropah (ECB).

Lagarde memaklumkan akan meninggalkan IMF pada 12 September ini.

“Saya membuat keputusan ini demi kepentingan IMF,” katanya sambil memberitahu Lembaga Eksekutif akan mengambil tindakan untuk memilih pengarah urusan baharu.

Sekiranya Majlis Eropah meluluskan pencalonannya, Lagarde akan menjadi pemimpin wanita pertama ECB, yang bertanggungjawab bagi euro dan polisi monetari zon Eropah.

Terkenal sebagai ‘bintang rock’ kewangan antarabangsa, Lagarde, 63, memulakan karier sebagai peguam sebelum menyertai politik.

Beliau berkhidmat dalam pelbagai jawatan di bawah Presiden Perancis, Nicolas Sarkozy sebelum memimpin IMF, menggantikan Dominique Strauss Khan. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast