TERKINI : Terpulang kepada “AZMIN” Mahu Cuti atau Meneruskan – Tun Mahathir

KUALA LUMPUR – Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, terpulang kepada Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali sama ada ingin bercuti sementara atau meneruskan tugasnya.

Perdana Menteri menegaskan, ini kerana Timbalan Presiden PKR itu belum didapati bersalah selagi tiada bukti yang melibatkan dirinya.

“Terserah kepada beliau mahu mengambil cuti atau meneruskan kerjanya kerana anda tidak bersalah sehingga terbukti.