KUALA LUMPUR – Isteri Tengku Mahkota Johor, Che’ Puan Khaleeda Bustamam selamat melahirkan putera kedua yang merupakan anak ketiga pasangan diraja itu.

Berita gembira itu dikongsi Tunku Ismail Sultan Ibrahim menerusi Facebook.

“Alhamdulillah. YM Che Puan Khaleeda telah selamat melahirkan seorang Putera Raja. Allah Peliharakan Sultan,” katanya ringkas.

Pasangan tersebut telah melangsungkan perkahwinan pada tahun 2014 dan sudah memiliki sepasang cahaya mata, Tunku Khalsom Aminah Sofiah dan Tunku Iskandar Abdul Jalil Abu Bakar Ibrahim Tunku Ismail. – MalaysiaGazette