Skuad Harimau Malaya semasa sesi latihan rasmi bagi menghadapi perlawanan akhir kedua Piala AFF Suzuki 2018 antara Malaysia menentang Vietnam di Stadium My Dinh, Hanoi, Vietnam. foto FAREEZ FADZIL, 14 DISEMBER 2018

KUALA LUMPUR – Malaysia boleh menarik nafas lega selepas diundi dalam satu kumpulan bersama Thailand, Vietnam, Indonesia dan Emiriah Arab Bersatu (UAE) pada pusingan kedua kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023.

Keputusan undian itu dilihat seimbang untuk anak buah Tan Cheng Hoe melepasi pusingan tersebut.

Ini kerana hanya perlu berdepan lawan kuat iaitu UAE manakala tiga lagi pasukan dari Asia Tenggara itu pernah ditewaskan Malaysia.

Proses undian diadakan di Ibu Pejabat Konfederasi Bolasepak Asia (AFC) di Bukit Jalil, dekat sini, sebentar tadi.

Harimau Malaya dijadual membuka saingan menentang Indonesia bagi Kumpulan G di tempat lawan pada 5 September ini. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast