Mukhriz Mahathir

KUALA LUMPUR – Datuk Seri Mukhriz Mahathir menjual 72,600 saham dalam Opcom Holdings Bhd pada 15 Julai, 2019.

Berikutan penjualan itu, Mukhriz, pemegang saham utama dalam syarikat itu, kini hanya memegang 34.89 juta saham atau 21.64 peratus kepentingan, kata Opcom dalam makluman kepada Bursa Malaysia hari ini.

Mukhriz ketika ini ialah Menteri Besar Kedah dan timbalan presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia. – Bernama