Polis menerima laporan daripada majikan wanita itu memaklumkan mangsa tidak hadir bekerja.

KUALA LUMPUR – Seorang lelaki maut selepas kereta Honda yang dinaiki hilang kawasan dan melanggar pembahagi jalan lalu terbalik awal pagi ini.

Mangsa, Arulkumar a/l Gunasegaran, 23, maut di tempat kejadian akibat cedera parah di bahagian kepala.

Polis berkata, kemalangan itu berlaku di Jalan Syed Putra menghala ke pusat bandar kira-kira pukul 4.20 pagi.

Hasil siasatan awal di tempat kejadian mendapati, kemalangan berlaku apabila kereta Honda Accord dari arah Lebuhraya Federal disyaki hilang kawalan melanggar pembahagi kanan jalan dan terbabas lalu terbalik ke bahu kiri jalan.

Kes itu disiasat di bawah Seksyen 41 Akta Pengangkutan Jalan 1987. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast