KUALA LUMPUR – Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) adalah dasar yang gagal berdasarkan rujukan kepada banyak kajian yang telah dijalankan.

Ini termasuklah dapatan yang menyatakan hanya lapan peratus guru bersedia untuk mengajarkan subjek-subjek tersebut dalam bahasa Inggeris atas faktor kesukaran bertutur dalam bahasa berkenaan.

Malah, PPSMI ini juga akan menyebabkan para murid terutama di luar bandar menjadi kurang berminat dengan Sains dan Matematik atas faktor tidak dapat memahami pembelajaran itu atas kekangan kemahiran berbahasa Inggeris.

Lantaran itu, Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) bersetuju akan kepentingan memperkasakan penguasaan bahasa Inggeris dilaksanakan terlebih dahulu dengan meneroka kaedah pembelajaran bahasa Inggeris yang lebih mesra pelajar dan bukannya menggunakan bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar dalam sesi PdPc.

Presiden PKPIM, Muhammad Nur Iman Abdul Khudus menuntut kerajaan agar tidak mengambil langkah ‘u-turn’ dalam isu ini.

“Kami tidak teragak-agak untuk bersama dengan para pejuang bahasa untuk kembali mengusung Keranda 152 demi memastikan kedudukan Bahasa Kebangsaan terus dipertahankan,” katanya dalam satu kenyataan di sini. – MalaysiaGazette

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here

Comment moderation is enabled. Your comment may take some time to appear.