Foto Instagram Hafiz Suip

KUALA LUMPUR – Penampilan terbaharu penyanyi Hafiz Suip yang memuat naik gambar di media sosial mengejutkan ramai artis dan peminat.

Ramai yang terkejut melihat Hafiz yang semakin kurus dan nampak seperti tidak terurus.

Juara Akademi Fantasia musim ketujuh itu pula menerusi status di Instagram membayangkan sesuatu yang menimpa dirinya.

I am still survive. Akhirnya makan. You think I don’t know the game you play,” tulis Hafiz yang seolah-olah menujukan status itu kepada seseorang.

Hafiz, 29, yang merupakan bapa kepada Muhammad Riyadh Zefri, 2, sebelum ini pernah berdepan dengan sakit tulang belakang.

Dia ketika ini popular dengan single berjudul Kisah Cinta Kita yang juga lagu runut bunyi drama, Dia Menantu Rahsia. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast