Nia Ramadhani dan keluarga bercuti ke Amerika Syarikat baru-baru ini.

KUALA LUMPUR – Pelakon popular Indonesia, Nia Ramadhani sanggup berbelanja wang yang banyak bagi membayar kos penerbangan percutian keluarga ke Amerika Syarikat.

Nia berkongsi mengenai perkara itu ketika ditanya sahabatnya iaitu Jessica Iskandar semasa temubual program Ngopi Dara.

Ibu kepada tiga anak itu berkata, kos tiket penerbangan untuk lapan orang mencecah hampir 600 juta rupiah (RM177,000).

“Soal bajet bukan saya tidak mengira dengan jumlah sepenuhnya. Cuma tentang kos dan sebut tentang penerbangan sahaja, 600 juta rupiah itu ada!,” ujarnya menurut laporan Liputan6.

Nia bagaimanapun mengakui hanya tiga tiket itu untuk kelas perniagaan.

Pelakon drama Bawang Putih Bawang Merah itu bercuti bersama suami, Ardi Bakrie danĀ  anak mereka serta dua pengasuh anak mereka.

Turut mengikuti percuti itu adalah sahabat baiknya, Theresa Wienathan. – MalaysiaGazette