Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad pada Majlis Perasmian Ortodontik Antarabangsa 2019 di Hotel Pullman Kuala Lumpur. foto NOOR ASREKUZAIREY SALIM, 22 JULAI 2019

PETALING JAYA – Sembilan pelajar dan guru dari empat buah sekolah di Pasir Gudang mendapatkan rawatan di Klinik Kesihatan kawasan itu sejak semalam.

Bagaimanapun, sehingga malam tadi mereka tidak dimasukkan ke wad.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad berkata, kesemua pesakit yang membabitkan tiga lelaki dan enam perempuan itu hanya mendapat rawatan di Jabatan Pesakit Luar selepas terhidu bau busuk dan terbakar pada pagi Ahad.

“Tiga pelajar dari Sekolah Kebangsaan (SK) Tanjung Puteri Resort, 2 pelajar dari SK Kopok, 2 pelajar dan 1 guru dari SK Taman Rinting dan seorang pelajar dari SMK Pasir Gudang.

“Kesemua kes ini tiada yang masuk wad,” katanya ketika ditanya perkembangan pencemaran udara di Pasir Gudang. -MalaysiaGazette